Assalammualaikum

RAMADHAN TIBA LAGI.........
PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN

Menanti ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan serta mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan kali ini dengan baik dan diterima oleh Allah SWT.
Mengulangkaji semula ilmu berkaitan dengan puasa.
Meneliti semula rukun , syarat, sunnah ,adab-adab dan hikmah-hikmah ibadah puasa supaya ibadah ini dapat dilakukan dengan sempurna. Allah pun menurunkan berita gembira iaitu dengan sifat pengasihnya, Dia telah mengurniakan malam Lailatul Qadar yang rahmatnya

Menguatkan azam
Menguatkan azam dan kesungguhan untuk melaksanakan ibadat puasa sesempurna mungkin. Ramadhan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan, membersihkan diri dari segala noda dan dosa serta menghiasi diri dengan segala sifat yang mulia.

Memperbanyakkan doa
Memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang penuh ikhlas, jujur dan tawadhu’.

Meningkatkan kesungguhan beramal secara berterusan
Bertekad supaya dapat menjaga dan memelihara benih-benih amalan yang telah kita semai dan suburkan pada bulan Ramadhan supaya tidak cacat dan rosak dan terus diamalkan pada bulan berikutnya.
Menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam
Antaranya membazir dalam membeli juadah berbuka, lalai dengan aktiviti yang sia-sia dan sebagainya..
0 Responses

Post a Comment