Assalammualaikum

IHYA' RAMADHAN
Tanggal 27.8.2010 telah berlangsungnya Majlis Khatam al-Quran dimana semua pelajar kelas tingkatan 1 Uiam,2Uiam,badar dan 4Uiam telah menghadiri majlis tersebut.Semua pelajar ini telah membaca dan mengkhatamkan al-Quran dalam bulan Ramadhan secara beramai-ramai yang dikelolakan oleh semua ustaz dan ustazah-ustazah smk Jelai.Program ini bertujuan untuk melatih murid supaya memperbanyakkan ibadah sunat dalam bulan Ramadhan.Selain itu,mengisi masa lapang murid-murid secara kebetulan program dijalankan pada waktu rehat murid-,murid.Majlis penutup telah diadakan di surau Al Hidayah Sekolah Menengah Jelai.Peserta tadarus hadir ke sekolah pada pukul 4.30 petang dan solat Fardhu Asar secara berjemaaah yang diketuai oleh Khairul Syahmi selaku ahli badar sekolah.Setelah itu,bermulanya majlis khatam al-Quran dimana semua pelajar membaca surah-surah khatam al-quran.Akhir sekali para pelajar,berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib yang disertai oleh guru-guru smk jelai dan solat isyak serta bertarawih beramai-ramai.Tamatlah kesudahan majlis ini.
HAYATILAH.........
RAMADHAN DIHAYATI………….

Ramadhan dari segi bahasa bermaksud panas terik manakala dari segi istilah syarak pula bermaksud bulan rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya.Ia juga dikenali dengan nama “Syahrun Mubarak” yang bermaksud bulan yang penuh keberkatan.
Telah diriwayatkan dalkam hadis maksudnya, :Telah dating kepadamu bulan Ramadhan,penghulu segala bulan,maka sambutlah kedatangannya dengan penuh kegembiraan”.Para salaf soleh telah berdoa selama enam bulan agar Allah SWT memanjangkan umur mereka sehingga kedatangan bulan Ramadhan.Kemudian mereka berdoa selama enam bulan supaya diterima doa mereka.Maka berterusanlah orang-orang yang soleh itu berusaha didalam cuaca yang panas terik dan menahan segala kepayahan didalam bulan tersebut dengan mengerjakan amalan puasa.
Bulan Ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian pertama dikhususkan dengan rahmat Allah SWT,bahagian kedua dengan Keampunan Nya dan bahagian ketiga pula ialah pelepasan dari api neraka.
Puasa itu adalah perisai dan untuk setiap orang yang berpuasa dua kegembiraan.Kegembiraan yang pertama ialah kegembiraan pada waktu berbuka dan yang kedua ialah apabila dia bertemu dengan Tuhannya.
ANTARA AMALAN YANG DIGALAKKAN.......
AMALAN YANG DIGALAKKAN SEMPENA RAMADHAN


• Mengeratkan silaturrahim.
• Menjaga pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, pertuturan serta perbuatan daripada melakukan perkara yang sia-sia.
• Iftar ( berbuka puasa )bersama.
• Iktikaf di masjid.
• Menambah ilmu pengetahuan.
• Menghayati perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat.
• Mengerjakan solat tarawih dan solat sunat.
• Melakukan ibadat Qiamullail terutama pada sepuluh malam terakhir.
• Bersedekah
• Bertadarus al Quran
• Mengerjakan umrah
• Memperbanyakkan zikir,doa dan istighfar pada waktu-waktu mustajab.
• Melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat.
RAMADHAN TIBA LAGI.........
PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN

Menanti ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan serta mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan kali ini dengan baik dan diterima oleh Allah SWT.
Mengulangkaji semula ilmu berkaitan dengan puasa.
Meneliti semula rukun , syarat, sunnah ,adab-adab dan hikmah-hikmah ibadah puasa supaya ibadah ini dapat dilakukan dengan sempurna. Allah pun menurunkan berita gembira iaitu dengan sifat pengasihnya, Dia telah mengurniakan malam Lailatul Qadar yang rahmatnya

Menguatkan azam
Menguatkan azam dan kesungguhan untuk melaksanakan ibadat puasa sesempurna mungkin. Ramadhan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan, membersihkan diri dari segala noda dan dosa serta menghiasi diri dengan segala sifat yang mulia.

Memperbanyakkan doa
Memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang penuh ikhlas, jujur dan tawadhu’.

Meningkatkan kesungguhan beramal secara berterusan
Bertekad supaya dapat menjaga dan memelihara benih-benih amalan yang telah kita semai dan suburkan pada bulan Ramadhan supaya tidak cacat dan rosak dan terus diamalkan pada bulan berikutnya.
Menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam
Antaranya membazir dalam membeli juadah berbuka, lalai dengan aktiviti yang sia-sia dan sebagainya..
Ceramah Motivasi Pesediaan Menghadapi Peperiksaan di Bulan Ramadhan
Ceramah Motivasi ini bertujuan untuk mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan PMR di bulan Ramadhan.Kesempatan ini turut diambil untuk para pelajar menghayati kelebihan dan keistimewaan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari sahaja.Justeru itu,Panitia Pendidikan Islam bersama-sama dengan UBK dan BAKIS tewlah mengundang Ustaz Hj Norazman Bion Mohamad dari Imtiyaz Training Centre,Seremban untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 SMK Jelai (F) yang bakal menduduki PMR tahun ini.Tujuan program ceramah motivasi ini diadakan ialah bagi melatih pelajar-pelajar rajin beribadat kepada Allah SWT.Selain itu,melahirkan pelajar-pelajar yang taat kepada perintah Allah serta menghayati kelebihan bulan Ramadhan al Mubarak.Matlamat utama pogram ini ialah melahirkan pelajar-pelajar yang menghayati ajaran islam dan berakhlak mulia.
Ceramah Motivasi
COOPERATIVE LEARNING

Cooperative learning Pendidikan Islam dijalankan pada 4 Ogos 2010 bertempat di Dewan Bstari SMKJF. Pelajar yang terlibat ialah semua pelajar tingkatan lima.Penceramah adalah Ustazah Fatimah Silong dan Ustazah Azila Ab Kadir . Turut serta mejayakan program ini ialah semua guru pendidikan Islam. Diharapkan program ini dapat membantu pelajar menduduki peperiksaan percubaan SPM seterusnya meningkatkan prestasi Pendidikan Islam SPM 2010. Semoga berjaya.