Assalammualaikum

KELEBIHAN BERPUASA
Antara hadis yang menyebut tentang kelebihan berpuasa ialah:


  • "Puasa itu perisai daripada api neraka, ibarat perisai pada seorang dalam peperangan". (Riwayat Ahmad)

  • "Sesungguhnya untuk orang yang berpuasa ketika dia berbuka ada satu saat doanya tidak ditolak Allah". (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim)

  • "Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan perkiraan, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Muttafaqu 'Alaih)

  • "Tidurnya orang yang berpuasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab serta dosanya diampunkan." (Riwayat Al-Baihaqi)
PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1432H/2011
PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1432H/2011

(1) Ceramah Ambang Ramadhan - 27 Julai 2011
(2) Tazkirah Ramadhan - Setiap Hari Sepanjang Ramadhan
(3) Tadarus Al-Quran - Sepanjang Bulan Ramadhan
(4) Khatam Al-Quran - 26 Ogos 2011
(5) Satu Keluarga Satu Al-Quran - Sepanjang Bulan Ramadhan
(6) Usrah Badar - 2 Kali
(7) Tabung Galakan Bersedekah - Setiap Hari Sepanjang Ramadhan
(8) Majlis Berbuka Puasa Dan Tahlil - 4 & 8 Ogos 2011
(9) Solat Terawih & Moreh - Isnin Hingga Khamis Setiap Minggu
(10) Buletin Ramadhan - Setiap Minggu(4 Kali Terbitan)
PROGRAM MTAQ
Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh....kepada semua pembaca...Pada dua hari yang lepas iaitu hari Sabtu bertarikh 26/3/2011 unit Pendidikan Islam telah menghantar sepasukan team berzanji yang bernama An-Naddwah dan nasyid untuk menyertai pertandingan bertempat di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR) Gemas.Pasukan berzanji yang terdiri daripada 9 orang pelajar telah di hantar bagi menyertai pertandingan MTAQ. Pelajar berzanji dilatih oleh Pn Siti Hawa selaku ketua Kumpulan Berzanji Jelai Dua serta bersama rakan-rakannya.Pada setiap waktu kokurikulum pelajar akan berlatih sehingga pukul 5 petang.Sehubungan dengan itu,pihak BADAR juga menghantar wakil peserta nasyid.Mereka dilatih oleh Ustaz Rizal selaku guru panitia Pendidikan Islam.Di samping itu, sekolah juga menghantar wakil pelajar untuk menyertai tulisan khat bagi kategori lelaki dan perempuan.Namun,Sekolah Menengah Jelai tidak mendapat tempat dalam mana-mana pertandingan mahupun dalam pertandingan tulisan khat jua.Program ini berakhir pada pukul jam 3 petang.
Akan tetapi,smk Jelai akan berusaha dan tetap akan menghantar peserta setiap tahun bagi mengharumkan nama sekolah.Diharapkan kepada semua pelajar junior smk Jelai akan tetap bersaing dan berlumba-lumba untuk memasuki pertandingan ini.Semoga pelajar SMK Jelai tetap maju dan terus berfikiran ke hadapan serta positif.Selamat maju kepada semua guru dan pelajar SMK Jelai.
FESTIVAL NASYID...


Monday, March 28, 2011Festival Nasyid Peringkat Daerah Tampin 2011Tempat : SK Tunku Abdul Rahman, Gemas
Tarikh : 26 Mac 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 2.30 ptg
Perasmi Penutup : Tuan Haji Mat Aris b. Azis. PPD Tampin

Acara Yang Dipertandingkan Untuk Sekolah Menengah
1. Pertandingan Nasyid
2. Pertandingan Berzanji & Marhaban3. Pertandingan Khat (Lelaki & Perempuan)

SMK Jelai (Felda) telah menghantar semua penyertaan.
Tahniah & Syabas kepada semua pelajar yang telah mewakili sekolah.
Keputusan : Semua peserta mendapat tempat saguhati

Kumpulan Berzanji & Marhaban SMK Jelai (Felda)
Peserta Khad (Mohd Zahin 2UITM & Ain Erina 3UIAM)

Guru Pengiring : Ust Nurunnazif, Ustzh Sepiah, Ustzh Fatimah & Ust. Rizal

Kumpulan nasyid sekolah sedang menuggu giliran persembahan

Kumpulan nasyid sekolah sedang membuat persembahan pertandingan.
NASYID RABBANI DAN RAIHAN
Assalamualaikum kepada semua pembaca.....Selamat tahun baru...marilah kita berdoa agar tahun ini akan menjadi lebih indah dan bermakna daripada tahun lepas dan agar tahun ini bertambah jua ibadah kita kepada Allah...
Pembaca semua tentu meminati lagukan...tidak kiralah lagu apa balada ke nasid ke apa-apalah yang berkaitan tentang lagu..Bercakap pasal lagu nasyid,pada 26 Februari sekolah SMK Jelai akan mengajak kumpulan naysid Raihan dan Rabbani ke sekolah sempena menganjurkan Karnival Nasyid bagi mengajak semua pelajar SMK Jelai lebih mendekati Islam....Selain kummpulan Rabbani dan Raihan terdapat juga persembahan daripada pelajar SMK Jelai sendiri....rasanya itu sahaja yang dapat kami dari pendidikan Islam ceritakan jadi nantikan laporan kami lagi tentang karnival nasyid itu....Assalamualaikum...


Fuhhh yo..dapat duit raya nampak.mesti banyak duit raye.
IHYA' RAMADHAN


Keadaan sume nyer bersemangat.emasa majlis tadarus berlangsung...semuanyer bersemangat,maklumlah nak dapat duit raye..hehehe