Assalammualaikum

HAYATILAH.........
RAMADHAN DIHAYATI………….

Ramadhan dari segi bahasa bermaksud panas terik manakala dari segi istilah syarak pula bermaksud bulan rahmat yang diwajibkan berpuasa padanya.Ia juga dikenali dengan nama “Syahrun Mubarak” yang bermaksud bulan yang penuh keberkatan.
Telah diriwayatkan dalkam hadis maksudnya, :Telah dating kepadamu bulan Ramadhan,penghulu segala bulan,maka sambutlah kedatangannya dengan penuh kegembiraan”.Para salaf soleh telah berdoa selama enam bulan agar Allah SWT memanjangkan umur mereka sehingga kedatangan bulan Ramadhan.Kemudian mereka berdoa selama enam bulan supaya diterima doa mereka.Maka berterusanlah orang-orang yang soleh itu berusaha didalam cuaca yang panas terik dan menahan segala kepayahan didalam bulan tersebut dengan mengerjakan amalan puasa.
Bulan Ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian pertama dikhususkan dengan rahmat Allah SWT,bahagian kedua dengan Keampunan Nya dan bahagian ketiga pula ialah pelepasan dari api neraka.
Puasa itu adalah perisai dan untuk setiap orang yang berpuasa dua kegembiraan.Kegembiraan yang pertama ialah kegembiraan pada waktu berbuka dan yang kedua ialah apabila dia bertemu dengan Tuhannya.
0 Responses

Post a Comment