Assalammualaikum

BENGKEL IMTIAZ PENDIDIKAN ISLAM (PMR)
Para pelajar sedang mengulangkaji pelajaran semasa aktiviti latih tubi tahsin istilah..Masing-masing sedang menahan ngantuk kerana tido lewat....hemmm...maklumlah kali pertama dapat tidur dekat sekolah...







BENGKEL TULISAN JAWI

Kelihatan ustazah bersama guru muda sedang tekun memerhati pelajar melaksanakan tugasan yang diberi....
PROGRAM IMTIAZ (GEMILANG)PENDIDIKAN ISLAM PMR
Alhamduliilah dengan izin allah dapat panitia pendidikan islam melaksanakan program imtiaz/gemilang pendidikan islam dengan jayanya.Seramai 59 orang peserta yang hadir daripada 60 orang pelajar tingkatan 3 yang terpilih.Program bermula pada jam 5 petang bertarikh 30 julai 2010 sehingga jam 1 tengahari 31 julai 2010.Antara aktiviti yang diadakan ialah bengkel ayat hafazan dan sirah islamiah.Pada jam 4 pagi semua pelajar berqiamulail dengan menunaikan solat tahajjud,solat tasbih,solat hajat, solat taubat dan solat witir.Pada sebelah pagi pelajar memulakan bengkel tahsin istilah,ayat kefahaman dan tulisan jawi.Pihak panitia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pentadbir sekolah yang banyak memberi sokongan begiu juga dengan GPK HEM yang turut hadir pada malam tersebut.Terima kasih juga kepada ustaz dan ustazah serta fasilitator yang bertungkus lumus menjayakan program ini.terima kasih kepada pelajar kerana memberi kerjasama.Mudah-mudahan kamu akan memperoleji kejayaan yang cemerlang dalam PMR.Jangan lupa pesanan ustazah......!!!!!!!!!!
Latar Belakang al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz

Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abi Bakr bin Idrus bin Umar bin Idrus bin Umar bin Abi Bakr bin Idrus bin al-Husin bin al-Shaikh Abi bakr bin Salim bin Abdullah bin Abd. al-Rahman bin Abdullah bin al-Shikh Abd. al-Rahman al-Saqaf bin Muhammad Maulay al-Duwailah bin Ali bin Alawi bin Muhammad sahib al-saumiah ibn Alawi bin Abdullah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad al-Naqib bin Ali al-Aridhy bin Jafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abiddin bin al-Husin al-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib dan anak Fatimah al-Zahra’ binti Saidina Muhammad Khatam al-Nabiyin selawat, salam dan keberkatan ke atasnya dan ke atas mereka seluruhnya

Dilahirkan di Bandar Tarim, Hadramaut Negara Republik Yaman sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. Mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang ketika itu menjawat jawatan mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada ulamak-ulamak Hadramaut yang ada pada masa itu, antara guru beliau yang utama ialah al-Habib Salim bin Abdullah al-Shathry. Bermula tahun 1402H bersamaan 1982M al-Alamah al-Habib Umar berulang-alik ke al-Haramain al-Sharifain untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada al-Imam al-Arif al-Daiyah al-Habib Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqaf, al-Arif al-Daiyah al-Habib Ahmad bin Taha al-Hadad, al-Arif al-Alamah Abi Bakr al-Athas bin Abdullah al-Habasi dan beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musnid al-Shaikh Muhammad Yasin al-Fadany dan al-Alamah Muhadith al-Haramain al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliky dan ulamak-ulamak lain.

Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugasan dakwah Islam ketika berusia 15 tahun disamping meneruskan pengajian secara talaqi. Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-

1. Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad mereka

2. Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak

3. Mengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.

Akhirnya Dar al-Musthafa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 Zu al-Hijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam, ditambah pula graduan-graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar al-Sahrif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam.

Al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak menbuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria. Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita Malaysia saban tahun

Ulul Albab: Yahudi gerun keturunan Rasulullah
Oleh Abdurrahman Haqqi

"SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya." (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)

Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.

Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.

Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.

Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya: "Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri." (Riwayat at-Tabrani).

Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: "Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka." (Surah al-Ahzab: 6)

Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: "Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga)." (Hadis riwayat Ahmad)

CARTA ORGANISASI
VISI

Panitia Unggul Penjana Generasi Terbilang


MISI

1. Memastikan pencapaian akademik pelajar meningkat dalam peperiksaan dari segi kuantiti dan kualiti
2. Memastikan pengurusan p&p di kelas berjalan dengan baik dari segi guru,murid dan bahan
3. Memastikan setiap program akademik di bawah pengurusan panitia berjalan dengan baik

MATLAMAT

1. Memastikan pelajar memperoleh latihan dan bahan yang optimum
2. Meningkatkan kualiti pengajaran guru
3. Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan islam
4. Memastikan kerjasama yang baik antara guru panitia pendidikan islam

OBJEKTIF

1. Meningkatkan bilangan dan peratus pencapaian lulus pelajar dalam peperiksaan awam (PMR & SPM) bagi subjek pendidikan islam
2. Menambahkan bilangan dan peratus pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan bagi subjek pendidikan islam
3. Menggalakkan penggunaan BBM dan modful pembelajaran oleh guru
4. Meningkatkan penggunaan bahan sumber yang sesuai untuk pelajar
5. meninggkatkan kualiti kursus dalaman dan mesyuarat panitia.