Assalammualaikum

Ceramah Motivasi Pesediaan Menghadapi Peperiksaan di Bulan Ramadhan
Ceramah Motivasi ini bertujuan untuk mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan PMR di bulan Ramadhan.Kesempatan ini turut diambil untuk para pelajar menghayati kelebihan dan keistimewaan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari sahaja.Justeru itu,Panitia Pendidikan Islam bersama-sama dengan UBK dan BAKIS tewlah mengundang Ustaz Hj Norazman Bion Mohamad dari Imtiyaz Training Centre,Seremban untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 SMK Jelai (F) yang bakal menduduki PMR tahun ini.Tujuan program ceramah motivasi ini diadakan ialah bagi melatih pelajar-pelajar rajin beribadat kepada Allah SWT.Selain itu,melahirkan pelajar-pelajar yang taat kepada perintah Allah serta menghayati kelebihan bulan Ramadhan al Mubarak.Matlamat utama pogram ini ialah melahirkan pelajar-pelajar yang menghayati ajaran islam dan berakhlak mulia.
0 Responses

Post a Comment