Assalammualaikum

PROGRAM MTAQ
Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh....kepada semua pembaca...Pada dua hari yang lepas iaitu hari Sabtu bertarikh 26/3/2011 unit Pendidikan Islam telah menghantar sepasukan team berzanji yang bernama An-Naddwah dan nasyid untuk menyertai pertandingan bertempat di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR) Gemas.Pasukan berzanji yang terdiri daripada 9 orang pelajar telah di hantar bagi menyertai pertandingan MTAQ. Pelajar berzanji dilatih oleh Pn Siti Hawa selaku ketua Kumpulan Berzanji Jelai Dua serta bersama rakan-rakannya.Pada setiap waktu kokurikulum pelajar akan berlatih sehingga pukul 5 petang.Sehubungan dengan itu,pihak BADAR juga menghantar wakil peserta nasyid.Mereka dilatih oleh Ustaz Rizal selaku guru panitia Pendidikan Islam.Di samping itu, sekolah juga menghantar wakil pelajar untuk menyertai tulisan khat bagi kategori lelaki dan perempuan.Namun,Sekolah Menengah Jelai tidak mendapat tempat dalam mana-mana pertandingan mahupun dalam pertandingan tulisan khat jua.Program ini berakhir pada pukul jam 3 petang.
Akan tetapi,smk Jelai akan berusaha dan tetap akan menghantar peserta setiap tahun bagi mengharumkan nama sekolah.Diharapkan kepada semua pelajar junior smk Jelai akan tetap bersaing dan berlumba-lumba untuk memasuki pertandingan ini.Semoga pelajar SMK Jelai tetap maju dan terus berfikiran ke hadapan serta positif.Selamat maju kepada semua guru dan pelajar SMK Jelai.
FESTIVAL NASYID...


Monday, March 28, 2011Festival Nasyid Peringkat Daerah Tampin 2011Tempat : SK Tunku Abdul Rahman, Gemas
Tarikh : 26 Mac 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 2.30 ptg
Perasmi Penutup : Tuan Haji Mat Aris b. Azis. PPD Tampin

Acara Yang Dipertandingkan Untuk Sekolah Menengah
1. Pertandingan Nasyid
2. Pertandingan Berzanji & Marhaban3. Pertandingan Khat (Lelaki & Perempuan)

SMK Jelai (Felda) telah menghantar semua penyertaan.
Tahniah & Syabas kepada semua pelajar yang telah mewakili sekolah.
Keputusan : Semua peserta mendapat tempat saguhati

Kumpulan Berzanji & Marhaban SMK Jelai (Felda)
Peserta Khad (Mohd Zahin 2UITM & Ain Erina 3UIAM)

Guru Pengiring : Ust Nurunnazif, Ustzh Sepiah, Ustzh Fatimah & Ust. Rizal

Kumpulan nasyid sekolah sedang menuggu giliran persembahan

Kumpulan nasyid sekolah sedang membuat persembahan pertandingan.